Assalamualaikum W.B.T.,
Sudah 5 tahun aku meninggalkan penulisan aku di blog ini. Wah, sungguh cepat masa berlalu. Dari penulisan aku yang macam budak2 baru mahu kenal dunia hingga sekarang. Aku harap penulisan aku tahun ini dan yang mendatang akan menjadi lebih matang dan bermanfaat untuk umum. Tersengih-sengih aku bila menengokkan post2 aku di blog ini. Ya lah zaman2 aku belajar di UK dulu, kononya nyer lah nak jadi content creator mcm Mat Luthfi.
Kenapa selepas 5 tahun baru aku muncul semula untuk menulis?
Sebagai catatan aku di blog ini, aku menulis post ini pada hari terakhir Ramadhan 1441H/2020 dan esok iaitu hari Ahad, 24hb Mei 2020 aku bakal sambut hari raya. Raya tahun ini tersangatlah janggal sebabnya kena beraya di rumah. Tahun 2020 boleh aku katakan "The Cancelled Year", sebabnya belum sempat tengah tahun dah macam2 benda berlaku pada tahun ini. Dimulai dengan bencana hutan terbakar di Australia, lepas tuh kegawatan politik di Malaysia dan nah sekarang pulak pendemik "Corona Virus". Dan disebabkan pendemik nih, semua rakyat Malaysia kena duduk rumah dan tak boleh bebas bergerak ke mana-mana. Dan disebabkan aku duduk rumah dan banyak masa yang terluang, aku berpikir macam2 benda untuk mengisi kekosongan waktu itu. Dan salah satunya adalah menulis blog kembali.
Aku harapkan aku akan menjadi lebih istiqamah untuk update dan update lagi posting aku di blog ini. Dan aku akan meluahkan pendapat, curahan hati, cerita-cerita masyarakat sekeliling di blog aku ini. Yer, walaupun aku tahu sapelah yang nak tengok blog aku nih. Like sapelah lagi yang baca blog zaman2 sekarang nih. Tapi aku rasa dengan menulis curahan hati aku tuh lebih sampai daripada nak buat vlog ke pe semua. Ye lah kalau buat video nak insert mcm2 lagu la, gambar lah tuh, tak masuk lagi masa yang kau spent untuk editing.
Aku sebenarnya sukakan penulisan. Dan aku cuba untuk menjentik hati2 pemirsa di blog aku ini dengan kata-kata aku. Aku bukan lah sejaguh penulis2 di Malaysia ini tapi aku cuba untuk belajar sikit demi sedikit. Orang putih kata, the baby steps gituh.Oh tak ya sebelum aku melalut panjang lebar baiklah aku teruskan topik ringkas malam ini. So, malam nih aku nak bercerita tentang aku. Ye, sedikit narcissistic tapi apa aku kisah, aku nak cerita jugak pasal aku.
Aku mula penulisan blog nih sejak aku masuk KPTM KL untuk foundation. Seterusnya, aku melanjutkan pelajaran aku di UK. Aku stop update blog nih masa tahun pertama aku di UK. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin aku seronok buat video kot or aku mmg byk aktiviti kat sana. Fast forward sampai sekarang, aku sudahpun bekerja dan aku berkerja di sebuah firma perakaunan besar di Kuala Lumpur sebagai seorang juruaudit. Sounds boring kan. Tapi apa boleh buat, mulut tetap perlu disuapkan sendiri, kalau bukan aku suap sendiri siapa lagikan.
Kerja aku sebagai seorang auditor nih boleh tahan rumit la jugak. Yang paling tak best, bila kau sendiri struggle nak ada time untuk kau. Ya, mmg buat kerja audit nih masa kau tak menentu ade je yang nak kacau. Tapi sekarang, dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) nih kerja aku tak sebanyak dulu. Thanks for Covid19 sebab bagi aku rest sikit jadi auditor. Hahaha. Kerja siang malam mcm harta dunia jer la yang kau bawak nak jumpa Allah kat akhirat kelak. Tapi apa boleh buat, aku masih survived lagi dalam dunia ini. Dan aku masih tak terpikir pon lagi nak tukar profession. In sya Allah satu hari nanti jika aku diberi kekuatan untuk berpindah kerjaya yang merupakan passion aku yang sebenar benarnya, aku akan lakukan. Tapi bukan sekarang la, I've got bill to pay. Tapi kan statement aku nih tak bermakna aku tak enjoy buat semua kerja tuhh tapi aku rasa aku hidup dalam kitaran yang sama. Org kata hidup dalam "Hamster's Race". Doakan aku untuk keluar daripada kitaran ini dan aku boleh teruskan cita-cita aku untuk jadi aku. InsyaAllah.
Berbalik pada kisah Covid 19 ni, sebahagian aku merasa syukur dengan adanya Covid 19 nih Allah bagi apa yang mustahil kau nak dapt dulu iaitu masa. Ya masa. Dengan perintah kawalan pergerakan nih, aku mampu sentiasa duk umah, tatap wajah ibu aku, borak dengan ibu aku, masak2 dengan dia, solat awal waktu, solat terawikh penuh, habis khatam Al-Quran dalam masa satu bulan Ramadhan. Dan banyak lagi. Alhamdulillah, masa yang Allah bagi sangat cukup untuk aku reset balik hidup aku. Reset balik diri aku dan kembali kepada yang sebenar-benarnya yang patut kita "please-kan" iaitu Allah dan ibu bapa kita. Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui, dia tahu aku kadang2 terjauh dariNya dan Dia nak aku dekat balik dengan Dia, so Dia adakan pendemik ini. Allah tahu dunia nih nak rehat sikit daripada tangan2 manusia yang meratah, menarah bumi. Jadi, Allah adakan pendemik nih. Allahu banyak sangat ibrah yang aku dapat dalam musim PKP nih. InsyaAllah, aku nak jadi the new Syawal selepas segala pendemik ini berakhir.
Hmm, topik aku agak random kali ni. Ye lah baru nak kumpul semangat untuk menulis kembali. Doakan aku terus istiqamah dalam menitipkan sesuatu untuk renungan aku kala aku sendiri di dalam postingan blog yang tak semenggah lagi. Sehingga bertemu lagi yer.
Wassalam.
SH